December 6, 2012

Sidang Dewan Pendidik (SDP) akan diteruskan – Husnil


Tanjong Malim, 6 Dis – Husnil Khatimah Hussin, Exco Perhubungan Awam & Antarabangsa MPP menyatakan bahawa SDP akan diteruskan lagi pada sesi ini.

Beliau mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi pihak Upsikini hari ini. Dalam pada itu beliau berharap perancangan dan persiapan awal yang dibuat dapat memastikan perjalanannya tidak terganggu dengan kerenah birokrasi sedia ada.

Husnil juga menyatakan komitmennya terhadap program tersebut kerana berpendapat ianya memberikan banyak kebaikan kepada mahasiswa.

“saya melihat sidang SDP yang lepas dan sebelumnya memberi impak yang besar terhadap kebajikan mahasiswa khususnya. Sebab itu saya begitu excited untuk meneruskannya, katanya.”

“Selain itu, SDP adalah medium terbaik untuk perwakilan mahasiswa bertemu empat mata dengan pihak pentadbiran UPSI, tambahnya lagi.”

SDP merupakan satu program yang membuka ruang kepada mahasiswa untuk mengemukakan usul kepada pihak universiti dan dibahaskan untuk mendapat solusi terbaik.


December 4, 2012

UPSI - Apa 'sudah & akan" jadi?


Hakikat sebenar apa yang sedang melanda UPSI adalah kaitan terus dengan senario politik negara yang diterajui UMNO!!  Pendedahan mengenai niat ghairah TNC HEPA, DDj untuk bertanding dalam PRU13 mengukuhkan lagi bukti bahawa UPSI telah dilibatkan secara langsung dalam politik UMNO.  

Sebab dan akibat tersebut telah menjadikan UPSI dalam keadaan yang terumbang-ambing dalam segala pengurusan serta mencemarkan reputasi UPSI sebagai universit pendidikan yang terulung di negara ini.

Pendedah yang lebih mengejutkan lagi adalah apabila YDP MPP, Mohd Fadlilah, telah melibatkan diri secara aktif dalam politik UMNO sedangkan kebajikan mahasiswa UPSI diabaikan! Isu open market tergantung! Isu UMNO !!  Isu mahasiswa terabai! YDP gadai mahasiswa! TNC HEPA gadai UPSI!

Dalam keadaan yang seperti ini, ramai mahasiswa mula mengeluh dan terkilan apabila isu yang disuarakan dan diadukan sama sekali tidak mendapat maklum balas daripada YDP.  Exco-exconya seperti  anak yang kehilangan ayah kerana kabinet yang dibentuk dan diketuai oleh ‘Fafa’ tidak digerakkan sama sekali.

Mesyuarat telah ditangguhkan banyak kali kerana ‘Fafa’ hanya mengambil waktu dalam perhimpunan UMNO dan syok dengan majlis jemputan di luar.

Kerana keadaan seperti itu terjadi! Harus ada tindakan drastik dilakukan oleh mahasiswa UPSI! Desak YDP, saudara Mohd Fadlillah letak jawatan! Dan difahamkan juga DDj sendiri sudah mula terkilan dan mual karenah anak buahnya itu tidak tahu buat kerja dan tidak berkaliber.

Surat bertimbun tidak dicop dan ditandatangani YDP. Kenyang makan di majlis mewah UMNO, Mahasiswa kebuluran di KUO tahan lapar kerana harga makanan mahal. Ini yang patut dijawab oleh YDP! Bukan berkobar-kobar mati untuk UMNO!

TNC HEPA gila kuasa! Gila nama! Kalau sudah terlampau gila! Buang terus jawatan sebagai TNC HEPA! Mahasiswa mahu kamu fokus untuk kebajikan Mahasiwa! Bukan berkobar-kobar menjaga hati NAJIB!

2013 UPSI akan jadi universiti open market! Tahniah untuk semua mahasiwa UPSI!

Penulis adalah ahli kumpulan ‘Smile UPSI’
Tulisan ini merupakan pendapat peribadi penulis

December 2, 2012

Panas - UMNO di UPSI


Tanjung Malim, 2 Dis – Perhimpunan Agung UMNO  2012 kali ini menyaksikan beberapa ucapan penuh bersemangat oleh pimpinan parti tersebut. Hal ini merupakan agenda biasa UMNO setiap kali mengadakan himpunan.

Namun yang menariknya pada sesi perhimpunan kali ini ialah, mereka telah menonjolkan wajah penting upsi yang tidak asing lagi iaitu DDj. Junaidi kelihatan begitu obses memujuk Dato’ Najib supaya dirinya diangkat menjadi calon.

Sementara itu, apa  yang lebih mengejutkan ialah beberapa orang MPP dari We Love UPSI termasuk YDP,saudara Fadlillah, Bendahari dan juga salah seorang Exco Kebajikan dan Perkhidmatan (syahmi aiman) turut kelihatan sepanjang perhimpunan berlangsung.

Kini sudah jelas bahawa We Love UPSI (Aspirasi) adalah salah satu dari proksi umno dalam meraih sokongan mahasiswa.

Koordinator Mahasiswa Pendidik, Mohammad Syafiq yang juga Exco Kebajikan dan Perkhidmatan kesal dengan sikap segelintir MPP terutamanya YDP dan rakan sejawatnya Syahmi Aiman kerana mereka dilihat lebih mengutamakan politik luar berbanding kebajikan mahasiswa.

“saya kesal dengan tindakan mereka yang boleh meluangkan masa untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO tetapi tidak berkesempatan untuk membuat mesyuarat kabinet MPP, katanya.”

“saya telah banyak kali menginatkan dia supaya memanggil ahli MPP untuk duduk bincang berkaitan kebajikan mahasiswa yang banyak terabai, tetapi beliau (YDP) sentiasa beralasan dan berhelah, tambahnya lagi.”

Dalam pada itu, mahasiswa kini mula sedar bahawa undi mereka telah dikhianati dan mereka kini sudah mula memboikot Aspirasi terutamanya YDP yang mana masih gagal melaksanakan manifestonya.