January 31, 2010

TNC HEP&A jumpa calon menang malam esok

Tanjong Malim, 31 Jan – Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (TNC HEP&A) Profesor Dr. Shaharudin Abd Aziz dijadual akan membuat perjumpaan tertutup bersama semua calon yang menang dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) UPSI esok.

Perjumpaan tersebut dikatakan bertujuan bagi memberi taklimat berkenaan pembentukan kabinet Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang diramal bakal menjadi polemik di kalangan warga UPSI terutamanya dalam menentukan kerusi nombor satu MPP.

Dalam pada itu, pertemuan tersebut juga dijangka akan memperjelaskan berkenaan kes cop palsu yang menjadi perhatian ramai pihak termasuk pemerhati daripada IPTA lain.

Dalam perkembangan berkaitan, esok akan berlangsung pengundian bagi kerusi etnik cina yang menyaksikan pertandingan antara Lee Kok Heng dan Lok Yun Lai.

Etnik mahu YDP di kalangan Umum, tak minat MT

Tanjong Malim, 31 Jan. – Perdebatan siapa yang bakal menjadi calon terbaik untuk menyandang kerusi nombor satu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI mula menjadi buah mulut ramai pihak.

Terbaru, UPSIkini dimaklumkan calon yang menang tanpa bertanding di tiga kerusi etnik Jumaat lalu tidak berminat untuk memegang jawatan dalam Majlis Tertinggi MPP seperti yang ditawarkan Mahasiswa Pendidik namun menegaskan supaya kerusi nombor satu MPP haruslah di kalangan calon Umum.

Pendirian tersebut mengesahkan lagi keddukan mereka yang tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak dan mahu kekal sebagai bebas.

Walau bagaimanapun, perebutan kerusi YDP mungkin menjadi lebih rumit meskipun apabila calon yang mendapat undian tertinggi dalam kerusi tersebut merupakan calon wanita.

Dalam keputusan pengundian bagi kerusi Umum Khamis lalu, calon kerusi umum yang memperoleh undian tertinggi adalah Shaiha Bt Sulaiman dengan undian sebanyak 5051 undi, lebih 126 undi berbanding Nik Azrul Nik Kamarudin dari Mahasiswa Pendidik yang memperoleh 4925 undi.

Kedua-dua calon tersebut dikatakan antara yang bakal mengisi jawatan nombor satu MPP, menurut pendapat beberapa pemerhati.

January 30, 2010

Azrul saran mahasiswa sahut cadangan TNCA, turun ke bengkel 'posting' esok


Tanjong Malim , 30 Januari - Berhubung isu 'posting' yang menimbulkan pelbagai reaksi mahasiswa pendidikan baru-baru ini , Kolej Za'ba Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mengambil pendekatan mengadakan satu bengkel 'posting' sempena hari terbuka kolej tersebut. Bengkel terbabit akan bermula pada Ahad 31 Januari dari 2 - 6 petang bertempat di Dewan Kolej Za'ba.


Dalam pada itu, mediawan UPSIkini pagi ini menerima mesej Facebook dari Nik Azrul menyarankan agar mahasiswa menyahut cadangan TNCA untuk turun ke bengkel 'posting' yang berlangsung esok. Baru-baru ini, TNCA mencadangkan kepada seluruh mahasiswa untuk turun ke bengkel 'posting' dan mendengar sendiri penjelasan berkaitan isu terbabit yang akan disampaikan oleh pegawai Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Mahasiswa turut disarankan agar bertanyakan soalan tentang sebarang keraguan mengenai isu terbabit.

Beliau (TNCA), baru- baru ini menyatakan "Pegawai Bahagian Sumber Manusia KPM akan datang pada hari terbuka Kolej Za'ba. Cuba hubungi En Ridzuan Donial pegawai di Bahagian Akademik, UPSI yang juga felo kolej berkenaan untuk mengetahui masa dan tarikh sebenar. Biarlah pelajar mendengar sendiri daripada pegawai/wakil Bhgn Sumber Manusia, KPM."

Dalam hal berkaitan, isu ' posting' megikut kekosongan yang dinyatakan Tim. Menteri baru-baru ini menjadi isu 'buah mulut' mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris termasuk dijadikan manifesto pemilihan MPP.

January 29, 2010

Pimpinan Bitara yakin kuasai kerusi penting dalam MPP

Tanjong Malim, 29 Jan. – Pimpinan Bitara UPSI yang dahulunya dikenali sebagai Pro Aspirasi dikatakan yakin bakal menguasai kerusi penting dalam cabinet Majlis Perwakilan Pelajar pada sesi ini berikutan kemenangan mereka yang mengatasi Mahasiswa Pendidik sebanyak 9 kerusi.

Sumber yang menyampaikan perkara tersebut kepada UPSIkini dipetik sebagai berkata Pimpinan Bitara tidak tergugat dengan usaha yang dilakukan Mahasiswa Pendidik untuk menafikan majoriti 2/3 kerusi kerana semua calon etnik yang dikatakan bebas tidak akan mudah memberi sokongan kepada Mahasiswa Pendidik.

Ini kerana katanya, walaupun Mahasiswa Pendidik berjaya mempengaruhi semua calon etnik, namun jumlah kerusi yang dimenangi Pimpinan Bitara tetap melebihi bilangan kerusi Mahasiswa Pendidik.

Ujarnya lagi, Pimpinan Bitara tidak perlu mendapat majoriti 2/3 untuk mendapatkan kerusi penting dalam MPP terutamanya kerusi Yang Dipertua kerana sekiranya undian dibuat, Pimpinan Bitara pasti akan mendapat undi melebihi Mahasiswa Pendidik meskipun empat calon etnik yang menang menyokong Mahasiswa Pendidik.

Dalam pada itu, katanya, Pimpinan Bitara walau bagaimanapun buat masa ini akan memastikan penyandang kerusi etnik memihak kepada Pimpinan Bitara.

Terdahulu, Mahasiswa Pendidik menawarkan 3 kerusi Majlis Tertinggi kepada calon etnik yang menang sekiranya memberikan sokongan kepada Mahasiswa Pendidik.

Mahasiswa Pendidik tawar 3 jawatan MT kepada calon etnik

Tanjong Malim, 29 Jan. – Keputusan 3 kerusi menang tanpa bertanding untuk kerusi etnik hari ini menyaksikan perebutan 2 kumpulan utama, Mahasiswa Pendidik dan Pimpinan Bitara bagi mendapatkan sokongan calon-calon tersebut semakin mendapat perhatian.

Terbaru, Mahasiswa Pendidik melalui wakilnya dilaporkan bersedia untuk memberikan 3 kerusi Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kepada calon etnik yang berminat untuk menyertai pakatan Mahasiswa Pendidik.

Tawaran itu dibuat berikutan usaha kumpulan tersebut untuk menafikan majoriti 2/3 Pimpinan Bitara yang kini memperoleh 15 kerusi.

Menurut sumber, ketika ini semua calon etnik yang memenangi ketiga-tiga kerusi tersebut dipercayai tidak menyebelahi mana-mana pihak dan mahu kekal sebagai bebas.

Satu-satunya kerusi etnik yang akan diadakan pertandingan adalah kerusi etnik cina.

Untuk rekod, sebanyak 25 kerusi diperuntukkan dalam barisan MPP yang pada ketika ini 6 dimiliki Mahasiswa Pendidik dan 15 Pimpinan Bitara manakala 4 bebas (etnik).

Kerusi etnik : 3 menang tanpa bertanding

Tanjong Malim, 29 Jan. – Perjalanan proses penamaan calon bagi kerusi etnik pada pagi tadi dilaporkan berjalan lancar dan menyaksikan 3 kerusi dimenangi calon etnik masing-masing tanpa ada pertandingan.

Kerusi-kerusi tersebut adalah bagi etnik India yang dimenangi Balaganesh A/L G.P Ponniah, Bumiputera Sabah, Juriah Binti Cunding dan Samuel Sila Mathew Unjah bagi kerusi Bumiputera Sarawak.

Bagi kerusi etnik Cina, pertandingan dua calon layak bertanding untuk merebut kerusi tersebut – Lee Kok Heng dan Lok Yun Lai. Kedua-dua calon terbabit masing-masing pelajar daripada Fakulti Seni & Muzik dan Fakulti Sains Sukan.

[Berita lanjut menyusul]

Keputusan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2010

Berikut merupakan keputusan Pemilihan MPP bagi semua kerusi yang dipertandingkan (tidak termasuk yang menang tanpa bertanding dari FSS, FTMK dan FSKPM).



January 28, 2010

Calon etnik boleh ubah keadaan

Selepas berakhirnya proses pengundian bagi calon umum dan beberapa kerusi fakulti petang tadi yang menyaksikan kedudukan 15 Pimpinan Bitara dan 6 Mahasiswa Pendidik, tumpuan semua warga UPSI beralih kepada perebutan 4 kerusi etnik yang masih kosong.

Menurut sumber yang mengikuti keadaan terkini calon-calon yang berkemungkinan menyandang 4 kerusi tersebut, kesemuanya dikatakan bebas dan tidak terikat dengan mana-mana kumpulan.

Dalam pada itu timbul juga desas-desus mengatakan kesemua calon etnik dilihat condong kepada Pimpinan Bitara sepert PRK sebelum-sebelum ini.

Walau bagaimanapun, sebahagian besar para pemerhati melihat calon etnik boleh mengubah keadaan dalam menentukan kedudukan semua calon yang menang semasa pembentukan kabinet nanti.

Bagi Mahasiswa Pendidik, 3 kerusi diperlukan bagi menafikan penguasaan majoriti 2/3 Pimpinan Bitara dalam membuat apa-apa keputusan sebelum kabinet dibentuk termasuk memutuskan siapa calon yang harus diletakkan untuk menyandang kerusi Yang Dipertua MPP.

Pimpinan Bitara setakat ini masih belum boleh menarik nafas lega kerana kedudukan 15 kerusi masih belum mencukupi untuk menggunakan AUKU bagi menentukan posisi dalam kabinet MPP seperti yang dilakukan pada PRK yang lalu.

Namun, sekiranya Pimpinan Bitara mampu menarik 2 daripada 4 calon yang menang dalam pemilihan wakil etnik, kuasa majoriti 2/3 mungkin boleh digunakan dalam menentukan keputusan yang dibuat sebelum kabinet dibentuk.

Apa yang pasti, Mahasiswa Pendidik sudah semestinya berusaha bagi menafikan majoriti 2/3 Pimpinan Bitara bagi membolehkan suara mereka didengar dalam percaturan kedudukan kabinet MPP.

Esok merupakan hari penamaan calon bagi keempat-empat kerusi etnik sebelum pembuangan undi dibuat pada Isnin, 1 Februari 2010.

Pimpinan Bitara kuasai 15 kerusi keseluruhan, 6 tanpa bertanding

Tanjong malim, 28 Jan. – Calon-calon Pimpinan Bitara berjaya memenangi 15 kerusi keseluruhan Pilihan Raya Kampus (PRK) UPSI pada kali ini termasuk 6 daripadanya calon menang tanpa bertanding.

Dengan jumlah kerusi melebihi Mahasiswa Pendidik sebanyak 9 kerusi, rata-rata para pemerhati menjangkakan Pimpinan Bitara akan menggunakan kelebihan tersebut untuk menempatkan calon mereka di posisi-posisi penting dalam kabinet MPP seperti yang berlaku pada sesi lepas.

Dalam pada itu, timbul desas-desus mengatakan jawatan Yang Dipertua (YDP) akan sekali lagi menjadi polemik di kalangan mahasiswa berikutan kedudukan kemenangan calon umum yang menyaksikan calon wanita Pimpinan Bitara berada di kedudukan teratas dan calon Mahasiswa Pendidik (lelaki) berada di kedudukan kedua.

Dalam perkembangan berkaitan, esok akan berlangsung sesi penamaan calon bagi 4 kerusi etnik – Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak.

PRK UPSI: 6- Mahasiswa Pendidik, 9-Pimpinan Bitara

Tanjong Malim, 28 Jan. – Keputusan Pilihan Raya Kampus UPSI untuk 15 kerusi yang menyaksikan pertandingan antara kumpulan Mahasiswa Pendidik (Pro Kebajikan) dan Pimpinan Bitara (Pro Aspirasi) menyaksikan kemenangan menyebelahi Pimpinan Bitara dengan 9 kerusi berbanding 6 Mahasiswa Pendidik.

Daripada 15 kerusi yang diadakan pengundian, 5 adalah kerusi umum di mana 3 daripadanya dimenangi Pimpinan Bitara dan kedua-dua calon yang dihantar Mahasiswa Pendidik menang dua kerusi tersebut.

Bagi kerusi Fakulti Bahasa, kedua-dua kerusi dimenangi calon Mahasiswa Pendidik yang menyaksikan pertembungan 4 calon – 2 daripada Mahasiswa Pendidik dan 2 Pimpinan Bitara. Kerusi tersebut pada sesi sebelum ini dimenangi calon Pimpinan Bitara dengan kemenangan tanpa bertanding.

Di Fakulti Perniagaan & Ekonomi (FPE) dan Fakulti Seni & Muzik (FSM) pula, calon Pimpinan Bitara bertanding sesama sendiri dan menguasai kesemua kerusi yang dipertandingkan apabila tiada calon yang dihantar Mahasiswa Pendidik.

Bagi Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK) calon Mahasiswa Pendidik dan Pimpinan Bitara masing-masing menguasai satu kerusi dengan pertandingan 2 lawan 2.

Manakala Fakulti Sains & Teknologi pula, satu-satunya calon Mahasiswa Pendidik menang satu daripada 2 keusi yang dipertandingkan. Calon Pimpinan Bitara juga berjaya merampas satu kerusi tersebut yang sebelum ini dikuasai Pro Kebajikan menjadikan kedudukan di kfakulti tersebut 1 Mahasiswa Pendidik dan 1 Pimpinan Bitara.

Daripada keseluruhan keputusan pengundian yang diadakan hari ini, Mahasiswa Pendidik berjaya mendapat 6 kerusi manakala Pimpinan Bitara 9 kerusi.

Pengumuman keputusan Pilihan Raya Kampus

Sekitar hari pembuangan undi PRK UPSI

dikemaskini 5.40 p.m.
8.15 pagi : Kelihatan hanya beberapa orang calon dan wakil calon berkumpul di hadapan SITC menunggu kehadiran Dato’ Naib Canselor. Sekretariat juga turut membuat persiapan terakhir bagi memastikan proses mengundi lancar.

8.25 pagi : Dato’ Naib Canselor dan TNC HEP&A tiba di SITC.

8.30 pagi : Dato’ Naib Canselor memberi sedikit kata aluan dan membuka sistem e-vote untuk memasukkan kata kunci. Naib Canselor memasukkan kata kunci ke dalam sampul dan dimasukkan kedalam peti serta diletakkan diatas meja pentas SITC bagi memastikan kata kunci tersebut boleh dipantau semua pihak.

8.40 pagi : Sistem dibuka dan seorang pengundi diminta memulakan pengundian bagi melihat sama ada sistem berjalan dengan baik atau tidak.

8.50 pagi : Sistem secara rasmi dibuka untuk semua 7 pusat pengundian. Encik Faizi membuat panggilan kepada tujuh tempat pengundian untuk dibuka iaitu Dewan Kolej Zaba, Foyer KHAR, Bilik 24 jam perpustakaan, Foyer Bangunan Canselor, Bitarasiswa, Foyer IPSI DAN SITC. Kelihatan beberapa orang calon dan wakil calon bergambar dengan Naib Canselor.

9.00 pagi : Kelihatan beberapa orang pengundi termasuk calon dan wakil calon mula berbaris untuk mengundi.Dato' Naib Canselor beredar dari SITC.

1.00 petang : Proses mengundi berjalan lancar. Semua pusat mengundi berada dalam keadaan terkawal.

2.13 petang : Peratus keseluruhan pengundi yang mengundi setakat ini 46.26 %, kira-kira 4 820 daripada 10 419 pengundi termasuk pelajar semester 8. Namun pelajar semester 8 tidak layak mengundi. Sakretariat mendakwa terdapat kesilapan dalam memaparkan jumlah pengundi.

2.15 petang : FB – 53.08%, FPE – 42.54%, FSM – 43.05%, FSS – 37.62%, FST – 35.74%, FSSK – 54.54%, FTMK – 34.62%, FSKPM – 49.12%

3.00 petang : UPSIkini dilaporkan pelajar semester 8 boleh mengundi. Beberapa pelajar semester 8 yang kini sedang berpraktikal dilihat berada di tempat pembuangan undi untuk mengundi.

3.38 petang : Peratusan keluar mengundi setakat ini sekitar 50.04%. Pengundi dari Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan mencatatkan jumlah tertinggi keluar mengundi iaitu seramai 1727 manakala Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi adalah yang terendah iaitu 91 seramai pengundi.

3.45 petang : UPSIkini dilaporkan pelajar semester 8 dibenarkan mengundi berikutan status pelajar tersebut yang masih menjalani Rancangan Orientasi Sekolah selama 2 minggu dan belum berpraktikal.

3.55 petang : Pro Kebajikan melalui Ketua Jenteranya mendakwa kedua-dua calon Umum Mahasiswa Pendidik mendahului undian setakat ini dengan kedudukan dua teratas.

4.05 petang : Masa mengundi tinggal kurang sejam. Beberapa pusat mengundi masih dihadiri pengundi-pengundi yang belum mengundi.

4.30 petang : Sumber memaklumkan ramai mahasiswa semester 8 tidak dapat mengundi kerana berada jauh daripada kampus.

4.45 petang : Masa untuk mengundi tinggal kurang 15 minit sahaja lagi. Beberapa pusat mengundi kelihatan sudah lengang.

5.00 petang : Semua pusat mengundi ditutup. Peratus terkini pengundi keluar mengundi yang dilaporkan adalah 60.07%.

5.07 petang : Kelihatan Naib Canselor memasuki Dewan SITC. TNC HEP& A, Prof Dr. Shaharudin juga kelihatan berada di Dewan SITC bersama dekan-dekan dan pegawai-pegawai universiti. Ruang dewan mula dipenuhi warga UPSI.

5.08 petang : Sistem e-undi dilaporkan akan dihentikan sebentar sahaja lagi. Namun semua pusat mengundi sudah ditutup pada jam 5.00 petang tadi.

5.10 petang : Kira-kira 50 orang penyokong daripada Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) sedang menuju ke Dewan SITC untuk mendengar pengumuman keputusan calon yang menang.

5.12 petang : Peratus rasmi pengundi yang keluar mengundi dilaporkan sebanyak 60.43%. Naib Canselor, Prof Dato' Dr Aminah Ayob sedang memasukkan kata kunci 'no voting' untuk memberhentikan sistem. E-voting sedang dalam proses pengiraan.

5.13 petang : Peratus keluar mengundi terkini yang dilaporkan 60.45%. NC sedang membuka peti untuk mengambil kata kunci untuk membuka keputusan PRK.

5.15 petang : Dato' NC telah memasukkan kata kunci untuk membuka keputusan e-voting. Sistem sedang memproses maklumat untuk mengeluarkan keputusan.

5.19 petang : Kedua-dua calon Mahasiswa Pendidik menang di Fakulti Bahasa. Atiqah-377 undi dan Amin-609 undi.

5.21 petang : Noranoo, calon Mahasiswa Pendidik menang di FSSK dengan jumlah undian diperoleh sebanyak 1241 undi.

5.25 petang : 6 calon Mahasiswa Pendidik dilaporkan menang di kerusi fakulti dan umum yang ditandingi.

5.32 petang : Seorang calon Mahasiswa Pendidik, Faiqah yang bertanding di kerusi Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan dilaporkan tewas.

5.34 petang : Dua calon Umum Mahasiswa Pendidik, Nik Azrul dan Mohd Zahar dilaporkan menang di kerusi tersebut. Nik Azrul berada di tempat kedua dalam senarai pemenang di kerusi umum manakala tempat teratas dimenangi calon Pimpinan Bitara.

5.37 petang : Mahasiswa Pendidik yang meletakkan Herwana Herman sebagai calon juga berjaya memenangi 1 kerusi Fakulti Sains & Teknologi. Satu lagi kerusi dimenangi Pimpinan Bitara.

Undian diteruskan, tiada petanda siasatan dibuat ekoran kes cop palsu

Tanjong Malim, 28 Jan. – Keadaan di UPSI pada ketika ini dilaporkan terkawal yang menyaksikan proses pengundian tetap diteruskan meskipun timbul desas-desus mengatakan pengundian hari ini berkemungkinan ditangguh ekoran kes cop palsu Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (SPMPP) malam semalam.

Menurut sumber, tiada petanda yang menunjukkan siasatan dibuat ke atas kes tersebut setakat ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa tempat di kawasan kampus Sultan Abdul Jalil dipenuhi dengan risalah (flyers) yang dipercayai usaha terakhir kempen sebelum menjelang waktu pengundian hari ini.

UPSIkini turut dilaporkan seluruh kawasan Tanjong Malim terpaksa bergelap awal pagi tadi berikutan terputus bekalan elektrik.

Cop palsu kesalahan berat, perlu ada siasatan sebelum pengundian – penganalisis

Tanjong Malim, 28 Jan. – Isu cop palsu yang menjadi perhatian ramai pihak pada hujung-hujung tempoh berkempen semalam mengundang pelbagai reaksi daripada warga UPSI.

Dalam satu ulasan seorang penganalisis perjalanan PRK UPSI, kes membuat cop palsu katanya adalah satu kesalahan berat dan melibatkan integriti pihak terbabit terutamanya Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (SPMPP).

Dalam pada itu katanya, UPSI harus segera mengambil tindakan dengan menangguhkan pengundian dan menyiasat perkara tersebut supaya keyakinan pengundi terhadap SPMPP dapat dikembalikan.

Tambahnya, kes cop palsu harus dipandang serius bukan sahaja di kalangan calon dan SPMPP malah seluruh pengundi juga harus sedar akan penyelewangan yang tidak bermaruah ini.

Semalam UPSIkini mendedahkan resit pembuktian pembayaran cop rasmi SPMPP daripada seorang sumber yang juga merupakan saksi kes tersebut.

UPSIkini ucap Selamat Mengundi


Warga kerja UPSIkini mengucapkan Selamat Mengundi kepada semua pengikut setia UPSIkini terutamanya mahasiswa yang berada di UPSI.

Jalankan tanggungjawab anda sebagai pengundi untuk memilih calon pilihan anda.

Kami di UPSIkini akan berusaha membawa liputan terkini berkaitan PRK dari semasa ke semasa.

Teruskan Bersama UPSIkini.

January 27, 2010

Cop palsu : Siasat semua calon ‘Pimpinan Bitara’

Tanjong Malim, 27 Jan. – “Tangguh PRK dan siasat semua calon Pimpinan Bitara!”Begitulah ulasan ringkas yang diberikan Pengerusi Pro Kebajikan sejurus selepas dimaklumkan tentang perkara tersebut.

Beliau yang memanggil semua Ahli Majlis Tertinggi Pro Kebajikan lewat petang tadi mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan perkara tersebut selepas mendapati wujud keraguan melampau dalam proses PRK kali ini.

Jelasnya, Pro Kebajikan memandang serius perkara tersebut kerana pemalsuan cop rasmi bukan sahaja boleh dikaitkan dengan kesalahan pemalsuan malah merosakkan kredabiliti SPMPP dan juga pihak yang bertanggunjawab.

“Saya tidak katakan kesalahan ini diletakkan kepada SPMPP kerana kita tahu tindakan terdesak kumpulan ‘Pimpinan Bitara’ ini sudah menjadi amalannya setiap kali PRK diadakan namun apa yang kita minta adalah bersihkan nama SPMPP, tangguh pengundian, siasat kes ini dan adakan semula proses PRK”, jelasnya.

Ditanya adakah Pro Kebajikan sedia menampilkan saksi dan bukti berkenaan kes itu, beliau berkata, Pro Kebajikan bersedia dan menjadi tanggungjawab Pro Kebajikan untuk memberi kerjasama dan kita juga mengharapkan kerjasama daripada pihak terlibat.

Dalam perkembangan berkaitan, timbul cakap-cakap mengatakan pengundian esok berkemungkinan ditangguhkan.

Calon gesa SPMPP siasat, adakan semula proses PRK

Tanjong Malim, 27 Jan. – Berikutan kes pemalsuan cop Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (SPMPP) yang dilaporkan ditempah pihak tertentu, beberapa calon Mahasiswa Pendidik menggesa supaya kes tersebut disiasat dan mengadakan semula proses Pilihan Raya Kampus.

Dalam kenyataan bersama semua calon Mahasiswa Pendidik kepada UPSIkini melalui wakil calon masing-masing, kes pemalsuan cop SPMPP adalah kes berat yang boleh menjadi bukti kukuh kepincangan perjalanan PRK pada kali ini.

Dalam pada itu seorang calon dilaporkan telah mengemukakan surat aduan kepada pihak SPMPP agar kes itu disiasat segera dan menangguhkan pengundian bagi membolehkan pihak terbabit didakwa.




PRK UPSI : Laungan ‘Hidup Mahasiswa’ bergema di KAB

Kira-kira 200 penyokong Mahasiswa Pendidik hadir memberi sokongan kepada calon mereka dengan melaungkan ‘Hidup Mahasiswa’ dalam tinjauan UPSIkini di Kolej Aminudin Baki.

Dijangkakan aktiviti kempen pada malam ini akan terus dipergiatkan oleh semua calon dan wakil calon di kolej-kolej kediaman apabila tempoh berkempen tinggal kurang 2 jam sebelum ditamatkan pada jam 12.00 tengah malam ini.

Wakil calon ‘Pimpinan Bitara’ tempah cop SPMPP, saksi dakwa wujud keraguan dalam sistem PRK kali ini

Tanjong Malim, 27 Jan. – Dalam tempoh tidak sampai 2 jam sahaja lagi tempoh berkempen tamat bagi semua calon yang bertanding, UPSIkini menerima maklumat daripada seorang sumber mendakwa wujud keraguan dalam sistem Pilihan Raya Kampus pada kali ini apabila terdapat wakil calon daripada kumpulan ‘Pimpinan Bitara’ menempah cop Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (SPMPP) untuk tujuan pemalsuan beberapa dokumen PRK kali ini.

Sumber yang juga merupakan saksi dalam menyampaikan maklumat tersebut kepada UPSIkini berkata pihak terbabit telah menempah cop SPMPP sebanyak 3 unit di sebuah kedai peralatan tulis di Taman Universiti berhadapan Pintu Timur Kampus Sultan Abdul Jalil.

Katanya lagi, pihak terbabit melakukan perkara tersebut bagi tujuan pemalsuan beberapa dokumen rasmi PRK termasuk borang pencalonan bagi calon-calon yang ingin bertanding.

Ditanya siapakah pihak yang dimaksudkan, sumber berkata, individu yang terbabit adalah ‘mastermind’ kumpulan Pimpinan Bitara dan mantan Ahli Majlis Tertinggi MPP 2008/09.

Dalam pada itu, sumber turut mengemukakan bukti dakwaan dengan mengemukakan resit pembayaran cop tersebut dengan harga RM 24.00.

UPSIkini buka ruang calon papar profil

UPSIkini menerima saranan daripada pengikut setia UPSIkini untuk memaparkan profil calon-calon yang bertanding dalam PRK UPSI.

Untuk itu, pihak UPSIkini membuka ruang kepada semua calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) UPSI untuk menghantar profil mereka ke UPSIkini untuk dipaparkan.

Semua profil dan gambar hendaklah dihantar ke e-mel UPSIkini di upsikini@gmail.com

Teruskan Bersama UPSIkini.

Terima Kasih.

Kembalikan kerusi YDP kepada calon Umum – Akmal

Tanjong Malim, 27 Jan. – Mantan Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah MPP 2008/09, Akmal Madzir hari ini menggesa agar kerusi Yang Dipertua MPP diberikan semula kepada calon umum – bukan calon daripada fakulti.

Gesaan itu dibuat beliau berdasarkan kedudukan kerusi tersebut yang memerlukan undi seluruh mahasiswa yang berada di semua fakulti.

Dalam pada itu katanya, sekiranya pertimbangan logik dibuat, kerusi YDP seharusnya dipilih di kalangan calon yang diundi semua mahasiswa bukan hanya di sesebuah fakulti sahaja.

“Saya melihat kedudukan YDP itu sebagai pemimpin utama badan tersebut (MPP) dan seharusnya calon yang dipilih adalah calon yang diundi seluruh mahasiswa bukan hanya di sesebuah fakulti apatah lagi mereka yang menang tanpa bertanding”, ulasnya.

Beliau yang juga merupakan calon umum dengan undi tertinggi pada PRK yang lalu berpendapat sewajarnya kerusi YDP untuk sesi ini dikembalikan kepada mereka yang menang dalam kawasan umum – tidak seperti yang berlaku dalam PRK lalu apabila jawatan Majlis Tertinggi termasuk YDP dipilih di kalangan pemenang kerusi fakulti.

Gangguan perkhidmatan rangkaian internet

Perkhidmatan rangkaian internet serta perkhidmatan Wayarles UPSI (WiFi UPSI) di kawasan sekitar Kampus Sultan Abdul Jalil , UPSI akan mengalami gangguan pada esok 28 Januari 2010 bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang berikutan langkah kawalan keselamatan tambahan semasa berlangsungnya proses pengundian pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar 2010.

Beberapa lokasi yang dikenalpasti terlibat dalam gangguan tersebut adalah seperti berikut :
  • Bitara Siswa
  • Malim Sarjana
  • Bangunan Blok A, B, C dan D
  • Kompleks muzik
  • Perpustakaan
  • Auditorium
  • Gimnasium
  • Bangunan Yusof Ahmad
  • Kompleks Dewan Kuliah

Mahasiswa disaran tolak calon 'lembut'

Tanjong Malim, 27 Januari - Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris disaran menolak calon 'lembut' dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar yang akan bermula esok. UPSIkini telah menerima beberapa e-mail dari mahasiswa berhubung dakwaan wujud calon 'lembut' dalam pemilihan MPP pada kali ini dan menyarankan kepada seluruh mahasiswa agar menolak calon tersebut.

Menurut Ahmad Wafi yang menjelaskan kepada UPSIkini, beliau mengenali calon tersebut sejak dari bersekolah di Maahad Johor dan beliau bukanlah calon terbaik untuk pilihan mahasiswa. Katanya "aku rasa kita tidak sepatutnya mahasiswa memilih calon itu kerana , pertama dia baru semester 2 dan tiada pengalaman luas berada di UPSI, kedua aku fikir anda sendiri maklum, jadi aku mendedahkan perkara ini kepada anda agar tidak salah membuat pilihan pemimpin pada kerusi umum yang bakal membawa suara anda kelak ".

Dalam pada itu, seorang mahasiswa yang mahu dikenali sebagai Mirza menyatakan agar mahasiswa menolak calon tersebut kerana menjual nama pelajar Pendidikan Islam. Katanya "saya tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh calon tersebut dan semalam saya mendengar sendiri katanya 'sayalah satu-satunya pelajar Pendidikan Islam yang bertanding', hal ini seolah-olah dia membesar diri dan meperkecilkan kami pelajar Pendidikan Islam yang lain."

Dalam hal berkaitan, pada pilihan raya kampus tahun lepas nyata calon 'lembut' telah ditolak oleh seluruh mahasiswa apabila Rashid telah dinafikan hak oleh mahasiswa di kerusi umum apabila kalah dalam majoriti yang besar

Amin hasrat bantu Prof Emeritus Abdullah Hassan perjuang bahasa

Tanjong Malim, 27 Jan. – Calon Fakulti Bahasa, Mohd Amin b. Mat Sidik hari ini menyatakan hasrat untuk membantu dalam memperjuangkan Bahasa Melayu bersama Profesor Abdullah Hassan, seorang tokoh bahasa terutamanya dalam bidang pendidikan.

Dalam kenyataannya beliau berkata pemimpin pelajar terutamanya di UPSI seharusnya bersama-sama menyokong dan membantu Profesor Abdullah Hassan dalam memperjuangkan isu Bahasa Melayu.

Beliau yang juga merupakan bekas Presiden Persatuan Bahasa Melayu turut memuji kesungguhan Prof. Emeritus Abdullah Hassan dalam memperjuangkan kedudukan Bahasa Melayu dalam segenap aspek terutamanya di bidang pendidikan – termasuk menjadi penggerak utama dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).

Mengulas tindakannya mengambil keputusan bertanding dalam PRK kali ini beliau berkata usaha untuk membuka ruang perdebatan ilmiah berkenaan isu bahasa ini harus diteruskan di kalangan mahasiswa dan untuk tujuan itu beliau menawarkan diri bertanding sebagai calon fakulti bahasa.

“Saya menawarkan diri bertanding kerana mahu meneruskan usaha MPP Pro Kebajikan sebelum ini yang berani membuka ruang perdebatan secara akedemik dalam membahaskan isu bahasa disamping berhasrat untuk bersama Prof Abdullah Hassan” ulasnya.

Pro Kebajikan sedia dedah organisasi sekiranya menang semua 8 kerusi

Tanjong Malim, 27 Jan. – Kepimpinan Pro Kebajikan yang menjadi tonggak dalam mencatur calon bertanding dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) UPSI kali ini sedia untuk mengumumkan barisan kepimpinan mereka secara terbuka kepada seluruh warga kampus sekiranya wakil mereka menang kesemua 8 kerusi.

Pengumuman tersebut dibuat Pengerusinya selepas mesyuarat khas jentera PRK Pro Kebajikan malam tadi.

Beliau dalam pengumumannya berkata sudah tiba masanya seluruh mahasiswa bergerak bersama kepimpinan Pro Kebajikan dalam membangkitkan semula nilai kemahasiswaan di kalangan mahasiswa di sini.

“Semua Ahli Majlis Tertinggi bersetuju untuk menzahirkan perjuangan kami bersama seluruh mahasiswa UPSI sekiranya semua 8 kerusi yang ditandingi Pro Kebajikan atas nama Mahasiswa Pendidik menang dalam PRK kali ini”, katanya.

“Dan kita sedar semua penyokong Pro Kebajikan telah lama menantikan saat ini”,tambahnya lagi.

Ditanya mengapa Pro Kebajikan hanya akan berbuat demikian sekiranya menang semua kerusi, beliau berkata perkara tersebut merupakan indikator dalam menilai tahap sokongan mahasiswa kepada Pro Kebajikan dan merupakan kekuatan kepada Pro Kebajikan untuk bersama seluruh mahasiswa selepas ini.

Pro Kebajikan dalam pengumumannya itu merancang untuk mengadakan himpunan mega sekiranya calon Mahasiswa Pendidik menang kesemua kerusi yang ditandingi dan bersedia mengumumkan organisasi Pro Kebajikan dalam program tersebut.

Azrul yakin Mahasiswa Pendidik berupaya teruskan agenda Pro Kebajikan

Tanjong Malim, 27 Jan. – Barisan calon Mahasiswa Pendidik yang juga merupakan proksi bagi kumpulan Pro Kebajikan yakin mempunyai keupayaan untuk meneruskan agenda Pro Kebajikan yang sentiasa meletakkan kebajikan mahasiswa sebagai tunjang perjuangan.

Wakilnya, Nik Azrul Nik Kamarudin yang juga merupakan calon kerusi umum percaya sekiranya kelapan-lapan calon Mahasiswa Pendidik dipilih mewakili suara mahasiswa dalam kepimpinan tertinggi mahasiswa itu, agenda yang dibawa Pro Kebajikan sebelum ini dapat diteruskan.

Dalam pada itu katanya, bimbingan daripada kesemua mantan MPP Pro Kebajikan sebelum ini sangat berguna untuk mendepani cabaran mendatang sekiranya dipilih untuk berada dalam kepimpinan MPP.

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut ketika ditanya mengenai matlamat jangka masa panjang calon Mahasiswa Pendidik sekiranya berjaya mendapat tempat dalam kepimpinan MPP.

Untuk rekod, seramai 8 calon daripada Mahasiswa Pendidik bertanding untuk 2 kerusi umum dan 6 kerusi fakulti.

Azri putus tak bertanding kerusi etnik, beri laluan kepada rakan

Tanjong Malim, 27 Jan. – Meskipun masih berpeluang bertanding untuk kerusi etnik Sabah selepas pencalonannya ditolak untuk bertanding kerusi Umum, Mohammad Azri Amatan nekad tidak bertanding bagi merebut kerusi tersebut bagi memberi laluan kepada calon lain yang dijangka menang tanpa bertanding.

Azri dipetik di dalam blog peribadinya menyatakan pendirian untuk tidak bertanding selepas laporan UPSIkini mengenai peluang keduanya disiarkan semalam.

Dalam penjelasannya beliau mendakwa bahawa pengundi-pengundi bagi kerusi tersebut yakin dengan calon yang bakal diketengahkan berkeupayaan menjadi wakil etnik Sabah dalam kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Dalam pada itu beliau turut berpandangan bahawa keutamaan harus diberikan kepada sokongan kepada calon tersebut daripada terus berbeza pandangan untuk menentukan siapa yang layak menyandang kerusi tersebut.

Terdahulu, Sakretariat PRK UPSI menetapkan hari penamaan calon bagi 4 kerusi etnik akan diadakan 29 Januari ini dan hari pengundian 1 Februari 2010.

January 26, 2010

Antara kelalaian dan kelemahan sistem- Azri

22 JANUARI 2010 - Hari ini saya sememangnya bersemangat untuk ke pusat penamaan calon. Segala persiapan yang sepatutnya sediakan sudah saya laksanakan. Segala dokumen penting, wakil-wakil calon, pencadang dan penyokong pun kelihatannya bersemangat untuk bersama-sama saya pada pagi tersebut.

2. Saya tiba ke pusat penamaan calon lebih kurang pukul 9.40am, sepanjang tempoh menunggu giliran untuk ke kaunter seketeriat, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

3. 10.55am tibalah giliran saya, saya bersama-sama penyokong dan pencadang mengambil tempat. Saya agak rungsing dengan borang pencalonan saya yang ada sedikit masalah. Menurut rakan-rakan yang juga sama-sama menghantar borang pencalonan, borang pencalonan saya ada masalah.

4. Setibanya di Kaunter Pertama, saya terlebih dahulu memaklumkan kepada pegawai seketeriat akan masalah borang pencalonan tersebut. Masalah pertama borang pencalonan saya ialah pengunaan huruf kecil dalam ejaan nama. Pegawai yang terlibat pun kemudiannya memeriksa borang pencalonan saya. Dalam masa yang sama, saya mencadangkan agar saya menulis semula nama penuh dengan menggunakan huruf besar, namun pegawai seketeriat menghalang saya dari berbuat demikian.

5. Menurut pegawai terbabit hal tersebut tidak menjadi masalah asalkan jelas dan boleh dibaca. Namun saya tidak yakin dengan jaminan yang diberikan, lalu saya kemudiannya bertanya jika perkara ini akan menyebabkan pencalonan saya dibatalkan. Menurut pegawai seketeriat lagi, saya tidak perlu risau kerana hal terbabit tiada apa-apa masalah yang akan timbul kerana mereka mempunyai autoriti dalam hal ini.

6. Setelah yakin dengan jaminan yang diberikan, maka saya mengekalkan penggunaan huruf kecil tersebut kerana beranggapan hal tersebut sudah pun selesai. Segala kata-kata dan jaminan oleh pegawai seketeriat di Kaunter Pertama juga turut disaksikan oleh penyokong dan pencadang saya.

7. Maka dengan itu, saya kemudiannya beralih ke Kaunter Kedua untuk memaklumkan kepada Dr. Mohamad Suhaily Yusri b. Che Ngah, Tim. Dekan FSSK UPSI bahawa borang pencalonan saya telah pun disokong oleh Dr. Ibrahim bin Hashim iaitu Dekan FSSK UPSI.

Huraian selanjutnya rujuk :

“MAHASISWA PELOPOR”

Azri berpeluang tanding kerusi etnik

Seorang calon kerusi umum yang dibatalkan pencalonannya, Mohammad Azri bin Amatan dilaporkan mempunyai peluang kedua untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kampus UPSI kali ini apabila makluman berkenaan pemilihan wakil etnik mula disiar hari ini melalui MyUPSI Portal.

Beliau yang juga merupakan pelajar Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan mempunyai peluang untuk bertanding bagi kerusi etnik Sabah selepas pencalonannya dibatalkan berikutan masalah teknikal dalam borang pencalonannya.

Menurut beberapa sumber, pencalonannya ditolak selepas dibantah sekumpulan calon lain yang mendapati terdapat kesalahan pada borang pencalonan beliau.

Beliau yang mendakwa hanya mengetahui tentang pembatalan pencalonannya semasa pengumuman calon layak bertanding diumumkan dikatakan antara calon pilihan yang berpotensi menang.

Walau bagaimanapun, beliau yang juga merupakan anak kelahiran Kampung Kunak Darat Sabah belum membuat sebarang kenyataan berkenaan perkembangan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Sakretariat PRK UPSI menetapkan penamaan calon bagi 4 kerusi etnik (Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak) akan diadakan pada 29 Januari ini dan hari mengundi pada 1 Februari secara e-voting di Bilik Seminar, Bitarasiswa.

Mahasiswa Pendidik bukan ganti Pro Kebajikan – Ketua Penerangan

Tanjong Malim, 26 Jan. – Penggunaan nama ‘Mahasiswa Pendidik’ yang digunakan beberapa calon dalam cogan kata mereka dijelaskan Ketua Penerangan Pro Kebajikan sebagai pendekatan baru dalam membawa visi dan pemikiran baru di kalangan pengundi – bukan menggantikan nama Pro Kebajikan.

Beliau berkata, nama ‘Mahasiswa Pendidik’ digunakan bagi tujuan membuka minda pengundi ke satu tahap yang lebih tinggi dalam memilih pemimpin mereka dan bukan menggantikan Pro Kebajikan.

Ditanya sama ada AMI sudah dimaklumkan tentang perkara tersebut, beliau berkata AMI telah pun dimaklumkan melalui wakil mereka dan penetapan menghantar kurang calon pada PRK kali ini juga telah dijelaskan.

“Pihak kami (Pro Kebajikan) telah memaklumkannya kepada wakil AMI namun mungkin mereka belum ada pertemuan sesama mereka dan tak dapat nak beri penjelasan kepada semua ahli AMI”,jelasnya.

Mengulas tentang keputusan menghantar kurang calon pada tahun ini beliau berkata keputusan itu dibuat selepas meneliti semua data dan kajian yang telah dijalankan serta saranan beberapa pihak untuk kita menghantar calon yang benar-benar mempunyai kredabiliti untuk menggalas tugas sebagai pemimpin palajar.

“Keputusan ini keputusan bersama, Biro Politik dan Risikan juga ada buat kajian, AMI juga ada bagi saranan, jadi kita pilih yang benar-benar mempunyai kredabiliti untuk bertanding dan menjadi suara sebenar mahasiswa di sini”,ulasnya.

Terdahulu , Presiden Alumni Mahasiswa Islam (AMI) UPSI yang juga merupakan mantan Ahli Majlis Tertinggi Pro Kebajikan mempersoal kewajaran kumpulan terbabit menukar nama dan menghantar kurang calon dalam PRK kali ini.

Klinik Panel: Penjelasan untuk Pelajar Semester 8

Tanjong Malim, 26 Jan- Dakwaan pelajar semester 8 berkaitan kupon klinik panel akhirnya terjawab apabila dikatakan wujud sedikit salah faham antara Pusat Kesihatan di bawah Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan pihak fakulti.

Sumber menjelaskan bahawa pusat kesihatan yang dipertanggungjawabkan berkaitan kupon tersebut telah pun memberikan pada pihak fakulti pada 16 Disember lepas.

Menurutnya, tahun-tahun sebelum ini kupon tersebut akan di hantar melalui pos bersama-sama dengan keputusan peperiksaan yang diuruskan oleh fakulti. Namun setahun kebelakangan sebelum ini, fakulti tidak lagi bertanggungjawab untuk menghantar keputusan peperiksaan dan tugas tersebut di ambil oleh pihak akademik. Tetapi terdapat sedikit kesilapan di mana pihak fakulti tidak memberikan kupon klinik kesihatan terbabit kepada akademik, jadi kupon juga tidak dapat dipos bersama. Pihak pusat kesihatan juga tidak dimaklumkan mengenai perkara terbabit.

Tambahnya, mulai semester depan, pusat kesihatan akan mengambil tanggungjawab bagi menghantar kupon klinik panel kepada semester 8 melalui pos. jesteru, pelajar-pelajar perlu mengemaskini alamat masing-masing. Bagi pelajar semester 8 yang sedang berpraktikal, mereka boleh mendapatkan kupon klinik panel di fakulti masing-masing.

Sebelum ini, timbul dakwaan daripada semester 8 yang sedang menjalani praktikum mengenai status kupon klinik panel yang didakwa tidak diperolehi seperti semester-semester sebelumnya.

AMI persoal Pro Kebajikan tukar nama, hantar kurang calon

Tanjong Malim, 26 Jan. – Alumni Mahasiswa Islam (AMI) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semalam mempersoalkan Majlis Tertinggi Pro Kebajikan menggunakan nama ‘Mahasiswa Pendidik’ dalam Pilihan Raya Kampus UPSI pada kali ini pada ketikaa ramai mahasiswa sudah mengenali nama Pro Kebajikan.

Presidennya dalam satu kiriman e-mel kapada UPSIkini mengatakan penggunaan nama lain adalah tidak perlu kerana proses untuk memperkenalkannya akan memakan masa yang agak lama seperti mana yang dilalui Pro Kebajikan sebelum ini.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan kepimpinan baru Pro Kebajikan yang menghantar kurang calon dalam PRK kali ini dan menyifatkannya sebagai satu kerugian di saat mahasiswa mahu perubahan menyeluruh dalam kepimpinan tertinggi mahasiswa itu.

Beliau yang juga merupakan mantan Ahli Majlis Tertinggi kumpulan terbabit pada akhir kritikannya bersedia memberi bantuan kepada Pro Kebajikan sekiranya diperlukan.

Pro Kebajikan yang kini menggunakan nama Mahasiswa Pendidik dilaporkan hanya menghantar 8 calon dalam PRK UPSI pada kali ini.

FSSK antara penentu kemenangan kerusi Umum – penganalisis

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan Kemanusiaan (FSSK) dilihat bakal menjadi penentu kepada kemenangan calon Umum yang bertanding di kerusi tersebut. Perkara tersebut disifatkan seorang penganalisis bebas PRK UPSI sebagai satu ‘pertukaran angin’ dalam politik mahasiswa di sini apabila pengundi-pengundi di fakulti tersebut merupakan yang terbanyak berbanding fakulti-fakulti lain.

Menurut beliau, PRK pada sesi lepas menyaksikan pengundi terbanyak berada di Fakulti Sains dan Teknologi yang membawa kemenangan majoriti besar kepada Akmal Madzir, calon Umum yang juga merupakan pelajar dari Fakulti tersebut.

Tambahnya lagi, dengan jumlah pengundi kira-kira 2300 dan hampir 35% daripadanya merupakan pelajar Pengajian Malaysia yang berada di FSSK, kemenangan mungkin berpihak kepada calon yang berjaya meraih undi terbanyak di fakulti tersebut.

Dalam pada itu katanya, perubahan ini akan memperlihatkan kematangan pengundi-pengundi di fakulti tersebut yang dilihat sebagai sebuah fakulti yang mempunyai pendedahan dalam idea politik di samping ‘karektor’ sebagai pelajar beridealisme.

Ketika mengulas pendekatan Pro Kebajikan yang membuat pendekatan baru dengan penggunaan nama ‘Mahasiswa Pendidik’ dalam PRK kali ini, beliau berkata kumoulan tersebut harus mempergiatkan penerangan kepada tema itu supaya pengundi memahami secara keseluruhan apa yang diperjuangkan mereka.

Beliau juga menyarankan kumpulan terbabit agar membuat kempen berkelompok dengan lebih kerap di fakulti-fakulti kerana daripada culaan yang dibuat, ramai pengundi mencari calon-calon Pro Kebajikan yang kini menukar identiti kepada ‘Mahasiswa Pendidik’.

UPSIkini akan dedah isu 'Beach Resort '

Tanjong Malim , 26 Januari - Wujud dakwaan diperolehi mediawan UPSIkini berhubung bengkel persediaan calon-calon Pilihan Raya Kampus yang turut disertai oleh beberapa calon 'Pimpinan Bitara' bermula semester lepas. UPSIkini di desak agar mendedahkan gambar dan video beberapa figura 'Pimpinan Bitara' yang dikatakan turut bersama dalam bengkel calon 'Aspirasi' yang diadakan di Beach Resort Port Dickson pada 4 Disember baru-baru ini.

Dalam pada itu, wujud dakwaan yang meragukan kemungkinan bengkel ini mendapat tajaan dari JHEPA dan memohon JHEPA menjelaskan perkara ini jika benar. Mahasiswa meragui dari manakah mereka mendapat bajet kewangan yang dikatakan memakan belanja ribuan ringgit untuk melaksanakan bengkel tersebut.

Dalam hal berkaitan, tindakan universiti yang menyatakan PRK pada kali ini tidak dibenarkan berkumpulan bercanggah dengan keadaan sebenar. Sebaliknya wujud kelompok tertentu yang ditaja oleh pihak berkepentingan untuk mencatur dan menguasai MPP untuk kepentingan tertentu. Mereka telah merancang dan mencatur puak mereka dengan menggunakan seluruh aset yang ada untuk mengusai MPP termasuk persediaan beberapa bengkel khas akan akan didedahkan dalam masa terdekat.

Isu 'posting', TNCA cadang mahasiswa pendidik jumpa BSM

Tanjong Malim, 26 Januari - Timbalan Naib Canselor Akademik Prof Dr Zakaria Kasa menyarankan agar seluruh mahasiswa pendidik mendengar sendiri penjelasan dan bertanya soalan kepada wakil Bahagian Sumber Manusia (BSM) Kementerian Pelajaran Malaysia akan hadir ke UPSI dalam masa terdekat.

Beliau ketika dihubungi oleh mediawan UPSIkini menjelaskan bahawa UPSI telah bertemu dengan Timbalan Setiausaha Bahagian Sumber Manusia, KPM dan dikatakan ada wakil MPP dalam perbincangan tersebut. Namun menjadi tanda tanya kenapa wakil MPP tersebut tidak tampil untuk menjelaskan penyelesaian dan status isu tersebut.

Dalam hal berkaitan TNCA turut menyarankan kepada seluruh mahasiswa agar membuat persediaan secukupnya untuk menjadi pendidik, katanya "Siapkan diri dari segi pengetahuan umum selain pengetahuan teknikal pengkhususan. Saya malu apabila diberitahu pelajar UPSI gagal menjawab soalan mudah seperti apakah ibu negeri Perlis ? Jawapan yang diberikan ialah Arau? Ada pelajar yang tidak tahu siapakah Naib Canselor UPSI , bukankah ini memalukan!"

Menurut beliau , "Saya rasa untuk mengetahui lebih detail lagi tentang isu penempatan ini, lebih baik dengar sendiri daripada pegawai Bhgn Sumber Manusia KPM yang akan datang pada hari terbuka Kolej Za'ba."

Wakil mahasiswa pendidik Mohd Zahar Mohamed Nor menyatakan persetujuan dengan kenyataan TNCA dan menyokong penuh agar mahasiswa pendidik turun untuk bertemu dan bertanya sebarang keraguan kepada wakil BSM KPM yang akan hadir pada hari terbuka Kolej Za'ba.

Isu penempatan menjadi isu hangat mahasiswa lantaran dakwaan penempatan mahasiswa pendidik ikut kekosongan yang dinyatakan Tim. Menteri baru-baru ini dan dilihat masih belum mendapat jawapan konkrit untuk menyakinkan seluruh mahasiswa pendidik Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mahasiswa desak tolak calon tidak ikut syarat

Tanjong Malim , 26 Januari - Seluruh mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris disaran agar menolak 6 calon tidak mengikut syarat pemilihan MPP yang telah layak bertanding atas percaturan pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Enam calon terbabit sepatutnya tidak layak bertanding atas sebab-sebab yang tidak munasabah, malah 3 daripadanya tidak mengisi borang pencalonan pada awal pemilihan semester lepas.

Menurut beberapa mesej diterima UPSIkini menerusi Facebook, rata-rata mahasiswa mendesak agar UPSIkini mendedahkan kepada mahasiswa mereka yang sepatutnya tidak layak bertanding tetapi dibenarkan atas kepentingan pihak tertentu dan menafikan keadilan kepada orang lain ditolak oleh mahasiswa.

Katanya, "aku tidak akan terima calon yang tidak tahu malu dan tidak pandai menilai dimana keadilan dalam perkara yang dilakukan, orang macam ini tidak boleh jadi pemimpin , saya sarankan kita guna kuasa mahasiswa tolak mereka kerana jelas pemimpin sebegini tiada integriti, dicatur oleh pihak berkepentingan dan tidak boleh jadi pemimpin, aku anggap pemimpin sebegini adalah pengecut."

Dalam pada itu, JHEPA sehingga hari ini masih belum menjelaskan kepada mahasiswa sebab-sebab 6 calon tersebut layak bertanding walaupun telah menafikan keadilan kepada calon-calon yang memenuhi syarat pertandingan. Keenam-enam calon terbabit tidak ikut syarat pemilihan dari awal proses pemilihan , tidak mengisi borang pencalonan siri kem kepimpinan dan dibenarkan untuk bertanding.

Dalam hal berkaitan, beberapa mahasiswa menyatakan bahawa PRK kali ini lebih buruk berbanding sesi lepas kerana dikatakan terdapat percaturan pihak-pihak tertentu untuk memenangkan calon berkepentingan.

January 25, 2010

Pro Kebajikan ubah pendekatan, guna nama ‘Mahasiswa Pendidik’ dekati mahasiswa

Tanjong Malim, 25 Jan. – Kumpulan Pro Kebajikan yang menjadi sebutan ramai warga UPSI selepas gelombang baru Pilihan Raya Kampus tahun lalu mengaku menggunakan nama ‘Mahasiswa Pendidik’ dalam kempen PRK kali ini.

Ketua Penerangannya dalam kenyataan ringkas yang dihantar ke UPSIkini lewat tengah hari tadi mengatakan nama ‘Mahasiswa Pendidik’ digunakan berdasarkan perbincangan bersama Majlis Tertinggi Pro Kebajikan bagi memberi nafas baru kepada kumpulan tersebut.

Nama ‘Mahasiswa Pendidik’ dipersetujui untuk dijadikan ‘tagline’ kita pada kali ini kerana nama tersebut mempunyai maksud yang lebih mendalam dan merupakan satu usaha membentuk pemikiran baru mahasiswa UPSI di samping meletakkan tanggungjawab menjaga kebajikan pelajar sebagai tunjang perjuangan kita,”ulas beliau.

Tambahnya,”dengan penjenamaan baru ini, diharapkan mahasiswa akan lebih ke depan bersama kami, terutamanya selepas PRK ini nanti".

Terdahulu, beberapa sumber melaporkan wujud persamaan dalam cogan kata beberapa calon yang bertanding dalam PRK kali ini.

January 24, 2010

Cogan kata calon punya persamaan

Tanjong Malim , 24 Januari - Calon-calon yang bertanding pada PRK kali ini dikatakan lebih bersedia dari segi kempen melalui poster dan kain rentang. Seluruh kawasan kampus dan kolej kediaman dilihat telah dipenuhi dengan poster dan kain rentang calon di segenap sudut ruang.

Upsikini menerima kiriman emel tadi daripada seorang sumber yang mahu dikenali sebagai Wafi mengatakan terdapat persamaan cogan kata beberapa calon yang bertanding kali ini. Dalam emel tersebut beliau menjelaskan, setelah dianalisis, beliau mendapati 2 perkataan utama yang banyak digunakan calon adalah ‘Mahasiswa Pendidik’ dan ‘Pimpinan Bitara’.

Beliau bagaimanapun tidak mengemukakan calon-calon yang menggunakan kata kunci tersebut. Tambah beliau, merujuk kepada analisis ini, dilihat terdapat satu pola perbandingan yang mewujudkan seolah-olah terdapat 2 kumpulan.

Sekumpulan calon menggunakan ‘Mahasiswa Pendidik’ sebagai kata kunci dalam cogan kata mereka dan sekumpulan lagi menggunakan kata kunci ‘Pimpinan Bitara’. Beliau yang turut mengikuti perkembangan PRK ini mendakwa kemungkinan terdapat kumpulan dalam pertandingan kali ini memang ada tetapi tidak dilabel dengan nama-nama tertentu. Namun katanya, ada juga calon yang tidak menggunakan 2 kata kunci ini dan boleh jadi mereka ini adalah calon bebas.

Beliau berpendapat trend pertandingan kali ini dikatakan hampir sama dengan tagun lepas dimana calon-calon begitu berhati-hati kerana tidak mahu dilabel dan dilihat berkumpulan. Buktinya, calon-calon bimbang untuk berhujah kerana dikhuatiri mempunyai persamaan dengan calon yang lain dan ini boleh mengundang persepsi yang mengatakan calon-calon tersebut bergerak secara berkumpulan. Dalam perenggan akhir emel tersebut, beliau mengatakan pertembungan 2 kumpulan ini mungkin boleh dinamakan pertandingan antara Mahasiswa Pendidik dan Pimpinan Bitara.

Naib Canselor UPSI walaubagaimanapun tidak menytakan secara rasmi menegah mana-mana pihak yang ingin melabel mana-mana calon dengan Pro Aspirasi dan bukan Pro Aspirasi melalui kain rentang yang dinaikkan di kampus. Namun ditegaskan peraturan pada kali ini adalah sama dengan sesi lepas.

Rapat umum dijangka mula malam ini


Tanjong Malim , 24 Januari - Rapat umum pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dijangka akan dimulakan pada malam ini bagi calon-calon yang bertanding. Rata-rata calon yang ditemui menyatakan untuk tempoh dari Jumaat hingga petang tadi mereka sedang sibuk menguruskan poster dan baner dan dikatakan pada malam ini akan dimulakan rapat umum di dua kolej iaitu KHAR dan KAB

Dalam pada itu, PRK sesi lepas berlaku pertembungan hangat antara calon menerusi pidato masing-masing. Seluruh mahasiswa disarankan bersama-sama turun menghidupkan suasana.

Mahasiswa disaran tolak MPP, calon tak ikut syarat

Tanjong Malim, 24 Januari - Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris disaran menolak calon-calon dan mereka yang telah menang tanpa bertanding baru-baru ini sebagai pemimpin mahasiswa kerana dikatakan tidak telus dan adil dalam menilai kepimpinan. Kesemua mereka 6 orang yang layak dan termasuk 3 darinya telah pun menang tanpa bertanding, dikatakan tidak memenuhi syarat dan siri kem kepimpinan mahasiswa sebanyak 3 kali.

Dalam pada itu, rata-rata mahasiswa meragui ketelusan pihak yang menguruskan Pilihan Raya Kampus pada kali ini memandangkan mereka yang tidak memenuhi syarat boleh menyertai PRK sedangkan calon yang lain berhempas pulas memenuhi siri kem. Hal ini jelas menunjukkan rendahnya integriti dalam menguruskan PRK.

Dalam hal berkaitan, Mohamad Zahar memohon pihak berkenaan agar menjelaskan kepada seluruh mahasiswa kenapa mereka dibenarkan bertanding dan hal ini tidak sepatutnya berlaku dan meragukan kita.

Menurut sumber, dikatkan keenam-enam calon termasuk 3 yang telah menang tanpa bertanding telah menghadiri satu bengkel khas PRK aspirasi nasional disebuah hotel pada hari yang sama semasa kem kepimpinan.

Oleh itu mereka tidak menghadiri kem memenuhi syarat menjadi calon. Kalau ini benar, kenapa mereka dibenarkan menjadi calon ? Adakah bengkel PRK aspirasi ada kaitan dengan kem kepimpinan yang dianjurkan universiti atau dengan menghadiri bengkel aspirasi tersebut, itu sudah cukup memenuhi syarat ?

PRK UPSI pada kali ini dikatakan masih dalam keadaan terkawal dan rata-rata calon sedang sibuk menaikkan baner dan poster masing-masing.




Mohon sekretariat kendalikan dengan telus

Tanjong Malim , 24 Januari - Dalam kehangatan perjalanan PRK UPSI yang bermula kempen hari pada Jumaat lepas , mahasiswa UPSI berharap pihak sakretariat dapat mengendalikannya dengan penuh integriti dan telus.

Upsikini menerima beberapa e-mel daripada beberapa mahasiswa UPSI termasuk pemimpin beberapa persatuan UPSI, memberi pandangan dan harapan dengan sistem dan pengurusan yang digunapakai pada PRK kali ini.

Rata-rata mahasiswa UPSI merasakan keraguan memandangkan telah berlaku satu kes yang melibatkan pembatalan kelayakan calon Mohammad Azri Amatan pada hari penamaan baru-baru ini. Beliau menyatakan kekecewaan mengenai kelemahan pihak sekretariat pada kali ini yang dilihat cuba mencaturkan perjalanan PRK.

Dalam pada itu , hal ini ini pasti mengundang keraguan walaupun pihak Sakretariat berulangkali mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada sebarang manipulasi yang dilakukan ke atas sistem dan pengurusan pada kali ini.

January 23, 2010

Kami cadang tangguh atau batalkan saja PRK

Tanjong Malim, 23 Jan- Wakil-wakil calon hari ini mencadangkan supaya pillihanraya kampus (PRK) pada kali ini ditangguh pada suatu tarikh lain atau batalkan sahaja PRK kerana faktor ketidak profesionalan.

“Kami cadangkan agar PRK kali ini ditangguh atau dibatalkan sahaja kerana tidak profesionalan pihak yang menguruskan PRK. Pertamanya berkaitan dengan calon-calon yang sepatutnya tidak layak bertanding tetapi dibenarkan bertanding dan yang kedua, ketidaksediaan pihak HEP yang menjadi pencatur utama dalam PRK.

Menurut salah seorang wakil calon, mereka kecewa atas penerimaan pencalonan calon yang sepatutnya tidak layak oleh pihak HEP. Beliau juga menyatakan bahawa selepas ini pihak HEP tidak perlu menghabiskan duit untuk menganjurkan kem-kem bagi calon.

“Saudara bayangkan, kami perlu memenuhi kem siri 1,2 dan 3 tapi ada calon tu, pergi terus ke kem 3 tanpa mendaftarkan diri untuk ke kem 1 dan 2. Persoalannya, bagaimana mereka boleh pergi ke kem tersebut jika tiada kebenaran daripada pegawai HEP yang bertanggungjawab? Selepas ini, HEP tidak perlu buat 3 kali kem kerana calon-calon selepas ini hanya akan datang satu kem sahaja.

“Setelah pulang dari kem 3, kami merasakan seolah-oleh ada kumpulan tertentu yang cuba untuk mengatur perjalanan PRK dan struktur MPP kali ini. Sebab itu, PRK kali ini dibatalkan sahaja kerana ada tangan-tangan ghaib dibelakang MPP jika MPP kali ini menang. Ataupun PRK kali ini ditangguh sehingga ia benar-benar bersih dari sebarang ketidak telusan,” katanya.

Dalam ketidaksediaan pihak HEP pula, ada wakil calon yang telah mengulang cetak poster kepada warna putih, namun dinafikan untuk mendapatkan cop pengesahan.

“Kami photostat poster atas kertas putih. Namun apabila kami ingin mendapatkan cop, kakitangan di situ menyatakan bahawa hanya kertas berwarna biru atau kuning sahaja dibenarkan. Tapi apabila kami nyatakan tiada dalam peruntukan undang-undang PRK mengenai warna poster dan tiada pemberitahuan ketika berlangsungnya taklimat, mereka hanya memberitahu bahawa ianya arahan pegawai.

“Kami mendapatkan respon pegawai tersebut namun yang mengecewakan beliau hanya menjawab akan membawanya ke dalam meeting pada hari Isnin ini. Kami kecewa kerana tentang soal warna poster pun masih pihak HEP belum bersedia,” tambahnya.

Namun begitu, pihak beliau masih memberikan penghargaan kepada pegawai-pegawai dan sekretariat yang senantiasa jujur dan amanah dalam menjalankan tugas dalam PRK kali ini.

“Terima kasih kepada semua sekretariat dan pegawai yang membantu dalam melancarkan perjalanan PRK kali ini. Kami sentiasa mendoakan kebahagiaan kepada semua selagi semua masih berada dalam lingkungan amanah dan jujur.

“Jangan Permainkan Kami sebagai Mahasiswa”

Tanjong Malim, 23 Jan- Rata-rata mahasiswa UPSI menyatakan rasa kekecewaan dan kesal dengan sikap pentadbir di Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang seolah-olah ingin mempermain serta memperkecilkan peranan mahasiswa.

Menurut Ketua Penerangan Pro Kebajikan, pada awal-awal pilihanraya kampus (PRK) untuk tahun ini pihak HEP sudah mula menunjukkan sikap tidak profesional mereka dan memperbodohkan mahasiswa di UPSI.

“Awal-awal lagi pihak HEP telah membenarkan calon yang tidak layak untuk ke kem. Bukan itu sahaja, mereka dibenarkan bertanding dan ada diantara mereka yang sudah menang tanpa bertanding di kerusi fakulti. Bagaimana perkara ini berlaku? Apabila ada calon yang bertanya tentang hal ini, pihak HEP seolah-olah mengelak untuk menjawab persoalan tersebut.

“Saya dan rakan-rakan selaku mahasiswa begitu kecewa dengan sikap ini. Kita tahu ada segelintir pegawai HEP yang berpakat untuk memperbodohkan kami sebagai mahasiswa tapi pegawai-pegawai tersebut perlu ingat, suara kami adalah suara majoriti dan kami akan mengembalikan semula semangat ‘student power’,” tambahnya.

Apabila diajuakan apakah pihak HEP ditekan atau dipaksa oleh pihak lain, beliau berkata perkara itu tidak mustahil kerana suasana politik sekarang seolah-olah memaksa pihak yang ditekan melaksanakan seperti lembu yang dicucuk hidung.

“Kami cukup risau jika tindakan yang diambil HEP ini adalah tindakan paksaan. Sebab itulah kami katakan pihak HEP tidak profesional. Kami dapat rasakan ada suatu yang tidak kena dengan tindakan HEP kali ini kerana mereka sudah menunjukkan ketidaktelusan mereka sebelum bermulanya kempen PRK lagi.

“Kami selaku mahasiswa yang prihatin ingin menyatakan kekesalan kami di sini atas tindakan tidak profesional HEP ini. Kami berharap mahasiswa sedar dan jalankan tanggungjawab dengan sebaiknya. Kepada calon-calon yang ‘di taja’ terbabit, kami mengharapkan agar anda malu. Kami ingin ingatkan bahawa suara kami takkan pernah padam walaupun kami sudah tiada,” katanya lagi.

Sebelum ini, pihak HEP telah membenarkan beberapa calon yang tidak terlibat dalam kem MPP siri 1 dan 2 untuk terlibat dalam kem MPP siri 3. Perkara ini menimbulkan keraguan dalam diri calon-calon yang lain dan menyatakan ketidakpuasan hati mengenai perkara terbabit. Namun ianya diabaikan oleh HEP dan yang lebih menyedihkan pihak HEP telah membenarkan mereka menjadi calon PRK pada kali ini.

Komputer riba, kemudahan streamyx percuma untuk mahasiswa

Tanjong Malim, 23 Januari – Mahasiswa tahun pertama dan dua boleh mendapatkan kemudahan streamyx dan computer riba percuma menerusi bajet 2010 yang melibatkan 100 000 unit untuk seluruh mahasiswa IPT Malaysia. Kemudahan sreamyx yang diberikan melibatkan bayaran RM 50 sebulan selama 2 tahun. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Pengarah Pusat IT Universiti Pendidikan Sultan Idris semalam.

Dalam pada itu, mahasiswa tahun 1 dan 2 boleh mendapatkan borang permohonan di TM Point Tanjong Malim pada 26 Januari ini . Mahasiswa boleh mengisi borang permohonan dan membuat pengesahan di pejabat JHEPA kemudian hantar ke TM Point Tanjong Malim untuk proses permohonan. Ganjaran ini adalah terhad dan sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan TM dan JHEPA.

Makluman berkenaan dikatakan akan dimasukkan dalam My Upsi Portal dalam masa terdekat.

Jangan jadi penghasut, elak politik sentimen


Tanjong Malim , 23 Januari - Tempoh penamaan calon telah berlangsung dimana tempoh kempen bermula. UPSIkini telah menerima mesej dari laman Facebook wujud dakwaan dari wakil calon yang cuba dihasut oleh seorang mantan MPP dari Fakulti Bahasa, Khairiah yang menyatakan 2 calon Fakulti Bahasa adalah pembangkang.

Tindakan mantan MPP ini menunjukkan pemikiran cetek yang jelas menunjukkan mentaliti sentimen yang tidak profesional dalam menyertai pilihan raya kampus. Seorang calon terbabit menyatakan bahawa “ kami semua menyetai PRK adalah disebabkan sayang kepada UPSI dan mahasiswa. Kami sepenuhnya mendokong cita-cita universiti tidak wujud dakwaan kami pembangkang seperti kata beliau. Kalau beliau mahu mewujudkan sentimen seperti itu, saya cabar beliau datang berjumpa dengan kami berbincang hal sebenar!”.

Tindakan tidak profesional golongan yang kononnya menyatakan pendokong universiti adalah menggambarkan mentaliti rendah kepimpinan mahasiswa tersebut yang sepatutnya mereka perlu bersaing secara sihat dan adil, bukan mewujudkan sentimen seperti itu.

Sekitar penamaan calon semalam - kemaskini


2.45 – Para penyokong pihak yang bertanding memenuhi ruang legar Bitarasiswa. Borang-borang salinan pencalonan ditampal pada board untuk tatapan umum dan bantahan. Kelihatan beberapa pihak sedang sibuk mengisi borang bantahan.

4.00 – Tempoh bantahan tamat dan menunggu keputusan bantahan dari bahagian bantahan yang di ketuai oleh Prof Sabri untuk pengumuman sebarang perubahan yang diterima.


4.45 – Penyokong calon masuk kembali ke Bilik Seminar Bitarasiswa untuk pengumuman keputusan bantahan , pengumuman calon , taklimat kempen dan taklimat e-voting.

5.15 - Prof Sabri mengumumkan keputusan bantahan. Terdapat 3 bantahan telah dibuat terhadap seorang calon umum dan 2 calon masing-masing dari Fakulti Sains Teknologi dan Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan. Dua bantahan ditolak dan satu bantahan diterima melibatkan calon umum. Bantahan yang diterima dikatakan hanya melibatkan perkara teknikal iaitu kesilapan kecil pada borang pencalonan yang tidak termaktub secara jelas dalam peraturan pemilihan MPP.

5.30 – Kelihatan calon umum yang dibantah Mohd Azri Amatan bergegas bertemu dengan sekretariat pemilihan untuk mengemukakan keraguan kerana sebelum itu beliau telah bertemu dengan sekretariat pemilihan dan bertanya tentang borang beliau sama ada layak atau tidak, namun pada masa itu sekretariat jelas tidak menyatakan perkara yang benar dan adil dimana mereka menyatakan borang beliau tiada masalah.

5.45 – Pengumuman calon telah dibuat oleh En. Faizi dimana keputusan 31 calon yang layak bertanding termasuk 6 menang tanpa bertanding, masing-masing di Fakulti Sains Sukan, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia dan FTMK. Terdapat 8 calon umum layak bertanding dan selebihnya dari calon fakulti.

6.00 – Taklimat kempen telah diberikan oleh En. Shuhir dimana syarat –syarat kempen pada PRK kali ini wujud sedikit perubahan. Perubahan melibatkan kawasan rapat umum iaitu kolej kediaman dan sekitar kampus yang hanya melibatkan 3 kawasan iaitu sebelah Surau an-Nur, Bitarasiswa dan ruang legar dewan kuliah. Kempen dibenarkan di bilik kuliah dengan kebenaran pensyarah. Seperti dijangkakan kempen tidak dibenarkan sama sekali menunjukkan kelompok tertentu sama ada dari aspirasi atau sebaliknya.

6.15 – Taklimat e-voting telah diberikan oleh Tuan Hj. Nazri dan bangkit beberapa calon dan wakil calon menyatakan keraguan mereka dengan sistem ini , termasuk beberapa perkara berbangkit berkaitan gambar calon pada laman UPSI portal yang disarankan oleh calon Mohd Zahar untuk ditukar kepada gambar terbaru.

6.30 – Taklimat tamat dan kelihatan kedua-dua belah pihak sibuk untuk persiapan kempen dan diumumkan tempoh kempen bermula pada jam 6.30 petang semalam dan diumumkan calon-calon boleh mengambil poster di pejabat JHEPA.

January 22, 2010

Sekitar penamaan calon


Tanjong Malim, 22 Januari - Proses penamaan PRK Universiti Pendidikan Sultan Idris telah berlangsung dalam keadaan yang terkawal tanpa ada gangguan dari mana-mana pihak. Langkah berjaga-jaga turut diberi perhatian oleh pihak skretariat yang meletakkan beberapa pegawai keselamatan di sekitar kawasan penamaan calon.

9.00 pagi – Kelihatan beberapa bakal calon diiringi penyokong mereka bergerak masuk ke Bangunan Bitarasiswa. Beberapa Dekan Fakulti masuk ke bilik pengesahan borang pencalonan. Bilik Seminar yang menjadi pusat penamaan calon dibuka.

9.15 pagi - Beberapa calon masuk untuk proses penamaan. Kelihatan TNCHEPA Prof Shaharudin dan Timbalan Pendaftar Kanan memasuki Bilik Seminar Bitarasiswa.

9.45 pagi – Sekumpulan lagi mahasiswa sampai untuk melihat proses pencalonan. Mereka terdiri daripada para penyokong beberpa calon yang akan bertanding. Semua sakretariat PRK dilihat bertugas di kawasan masing-masing. Beberapa calon yang selesai proses penamaan masuk ke bilik pengambaran untuk poster kempen.

10.00 pagi – Semua dekan telah bersedia untuk membuat pengesahan. Sakretariat PRK memberi jaminan semua calon akan diberi peluang dalam proses penamaan ini.

10.30 pagi – Bagaimana pun Naib Canselor UPSI Y. Bhg. Prof Dato’ Dr. Aminah Ayob tidak tiba di pusat penamaan calon sehingga tempoh penamaan tamat.

11.00 pagi – Proses penamaan dilanjutkan. Semua calon yang berada di dalam bilik penamaan bagi membolahkan proses berjalan lancar.

12.15 tengah hari – Proses penamaan calon tamat dan beberapa calon menunggu giliran untuk proses pengambaran.

12. 45 tengah hari - Pegumuman calon layak bertanding telah diumumkan oleh Puan Norhayati . 3 fakulti menang tanpa bertanding, FTMK, FSS dan FSKPM.

1.00 petang - Calon-calon layak bersurai dan akan kembali pada 2.45 petang ini untuk sesi bantahan.

*UPSIkini akan membuat liputan dari semasa ke semasa.

January 21, 2010

PRK UPSI dalam zon panas

Tanjong Malim, 21 Januari - UPSI merupakan antara IPT yang menjalankan PRK lebih awal berbanding kampus-kampus lain seluruh negara pada sesi lepas . Namun pada kali ini, UPSI dikatakan antara IPTA yang dipantau dan menjadi perhatian dan dimasukkan di bawah zon panas setelah 8 calon pro-kebajikan menang pada sesi lepas.

PRK UPSI pada kali ini dijalankan serentak dengan kampus-kampus besar lain termasuk UM, UPM dan UKM. Menurut jangkaan, akan berlaku pertembungan hebat dalam PRK kali ini dan hal ini menyebabkan UPSI diletakkan serentak dengan tarikh pemilihan bagi kampus panas yang lain seperti UM.

Tinjauan yang dibuat melihat kepada pola sokongan masyarakat kampus UPSI terhadap calon yang berpegang kepada ideologi Aspirasi dilihat makin menurun. Meskipun perkara ini dinafikan pihak HEP yang berusaha menghapuskan corak pertandingan yang dinaungi kumpulan tertentu, namun hakikatnya pemerhatian sokongan kepada Aspirasi tetap dibuat. Rata-rata mahasiswa di sini beranggapan bahawa pasti ada calon-calon yang cenderung kepada ideologi tertentu walaupun tidak dapat dikesan secara zahir.

PRK UPSI merupakan antara PRK yang menggunakan sistem e-voting dalam proses mengundi.

Penamaan calon esok, mahasiswa disaran turun beri sokongan

Tanjong Malim , 21 Januari - Penamaan calon bagi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) sesi 2009/2010 akan bermula esok bertempat di Bilik Seminar Bitarasiswa. Seluruh mahasiswa kampus disarankan agar turun melihat bagaimana perjalanan Pilihan Raya Kampus pada kali ini seterusnya menilai bakal calon yang akan bertanding.

Dalam hal berkaitan, hari penamaan calon esok akan bermula pada 8.30 pagi - 5.30 petang melibatkan penamaan calon dan ses bergambar pada 8.30 pagi - 11.00 pagi , 12.00 tengahari pengumuman calon layak bertanding , 2.45 - 3.45 tempoh rayuan dan bantahan serta penarikan diri pencalonan seterusnya berakhir dengan taklimat kepada calon dan wakil calon.

Dalam pada itu, tempoh antara penjualan borang dengan hari penamaan calon pada kali ini begitu singkat iaitu sehari berbanding sesi lepas selama 2 hari dan timbul tanda tanya kenapa tempoh itu disingkatkan berbanding sesi lepas seterusnya menimbulkan kesukaran kepada bakal calon bertanding untuk menguruskan borang.

Mediawan UPSIkini bertemu dengan seorang bakal calon dari Fakulti Bahasa pada petang tadi dan beliau menyatakan bahawa, "tindakan menyingkatkan tempoh waktu penjualan borang dengan hari penamaan calon adalah cubaan pihak tertentu untuk membuat kami kelam kabut dan saya jangka calon-calon 'mereka' tela diberitahu lebih awal.

PRK pada kali ini dijangka akan berlaku pertembungan antara dua pihak yang dikatakan bakal mencorak suasana pilihan raya kampus pada kali ini.

Notis isytihar pemilihan MPP belum naik

Tanjong Malim , 21 Disember - Wujud dakwaan bahawa notis pengisytiharan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris masih belum dinaikkan oleh JHEPA untuk pengetahuan mahasiswa walaupun telah dimasukkan dalam My Upsi Portal semalam.

Menerusi tinjaun para mediawan Upsikini, terdapat ramai mahasiswa yang belum mengetahui bila tarikh pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap peratusan pelajar keluar megundi. Notis tersebut dikatakan masih belum dinaikkan dibeberapa tempat utama sekitar kampus dan juga kolej kediaman pelajar.

Dalam pada itu, sepatutnya notis pemberitahuan ini disebarkan lebih awal kepada mahasiswa agar mereka boleh membuat persediaan bagi menghadapi PRK seterusnya meningkatkan peratus keluar mengundi pada pemilihan kali ini. Tindakan kelewatan notis ini dilihat kurang bijak dan mungkin wujud usaha tertentu yang diragui.

Pilihan Raya Kampus (PRK) UPSI akan berlangsung pada 28 Januari, 22 Jan penamaan calon dan bakal menyaksikan tempoh kempen selama 5 hari yang dikatakan akan berlaku pertembungan hebat antara calon-calon yang bertanding.

Bakal calon beli borang hari ini

Tanjong Malim , 21 Januari - Bakal calon yang akan menyertai Pilihan Raya Kampus (PRK) pada kali ini boleh membeli borang pencalonan pada hari ini bermula pada 8.30 pagi - 5.00 petang di Bilik Mesyuarat Utama, Aras Dua, Blok A, Bangunan JHEPA.

Seperti yang telah dijadualkan, hari ini kesemua bakal calon yang telah menghadiri kursus kepimpinan layak untuk membeli borang pencalonan. Tempoh pembelian borang tersebut hanya sehari iaitu pada hari ini 21 Januari 2010 sebelum tiba hari penamaan calon pada 22 Januari esok. Bilangan bakal calon yang akan bertanding di semua kerusi fakulti dan kerusi umum dijangka sekitar 50 mahasiswa.

January 20, 2010

Ramai belum tahu perjalanan PRK


Tanjong Malim , 20 Januari - Dalam kerancakan persediaan menjelang PRK Universiti Pendidikan Sultan Idris, dikatakan masih ramai mahasiswa yang belum mengetahui perjalanan tarikh Pilihan Raya Kampus sesi ini. Sumber Upsikini melaporkan masih ramai warga kampus yang belum mengetahui tarikh perjalanan PRK.

Meskipun hebahan telah dibuat melalui media cetak dan elektronik, namun masih ramai mahasiswa yang tidak menyedari akan kehadiran PRK kali ini. Perkembangan ini boleh mengurangkan peratusan pengundi yang keluar mengundi sekiranya keadaan ini berterusan. Semua maklumat berkenaan perjalanan tarikh PRK boleh diakses di Upsi portal atau merujuk di papan-papan kenyataan utama sekitar kampus dan kolej kediaman.

Isu 'posting' bakal jadi bahan kempen


Tanjong Malim, 20 Januari - Isu penempatan graduan pendidikan mengikut kekosongan yang dinyatakan Timbalan Menteri baru-baru ini dijangka bakal dimainkan sebagai bahan kempen calon-calon PRK kali ini.

Sebelum ini, isu posting sering dimainkan dan menjadi perhatian seluruh pengundi di sini. Isu posting menjadi begitu hangat apabila berlaku masalah posting graduan-graduan UPSI pada beberapa tahun sebelum ini.

Pihak Aspirasi pada masa itu mengatakan bahawa masalah itu berpunca daripada barisan MPP 2004/05 yang kononnya daripada pembangkang. Isu itu merupakan faktor kemenangan pihak Aspirasi pada PRK selepas yang menang tanpa bertanding dan dijangka akan digunakan sebagai bahan kempen calon-calon PRK kali ini.

Dalam pada itu, MPPUPSI dibawah pimpinan Hairi sesi lepas dikatakan tidak berperanan dalam menyatakan pendirian mahasiswa berhubung isu penempatan selain isu PTPTN yang lambat dikreditkan serta berlaku diskriminasi dalam kepimpinan beliau yang lepas menjadikan MPP kali ini dilihat tidak berperanan untuk mahasiswa.

Menurut Akmal Madzir, beliau tidak percaya kepada kepimpinan Hairi, katanya, mereka merupakan anak didik kerajaan , masakan mereka akan berjuang untuk mahasiswa , Hairi sebelum ini pun pernah menyatakan isu penempatan hanyalah rekaan pihak tertentu dan cuba menutup isu sebenar.

PRK UPSI dijangka akan berlangsung pada minggu ini dan dijangka isu posting bakal dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk meraih sokongan mahasiswa.

January 19, 2010

Klinik Panel: Pelajar semester 8 dakwa hak diketepikan

Tanjong Malim, 19 Jan- Mahasiswa mahasiswi UPSI semester 8 melahirkan kekecewaan dan mendakwa tidak memperolehi kad pelekat klinik panel walaupun yuran yang dikenakan adalah sama dengan pelajar-pelajar lain.

“Selalunya apabila student ambil slip exam, sticker klinik panel ini akan dapat sekali. Namun apabila semester 8, slip diposkan ke rumah dan kami pelajar-pelajar semester 8 tidak dapat menikmati perkhidmatan klinik panel seperti mana pelajar-pelajar lain,”ujar seorang pelajar semester 8.

“Walaupun kebanyakkan dari kami tinggal berjauhan dengan Tanjong Malim, namun sebagai mahasiswa yang juga membayar yuran seperti pelajar lain, adalah layak bagi kami untuk mendapatkan hak untuk dirawat di klinik panel. Pergi atau tidak adalah persoalan kedua” tambahnya.

Menurut seorang lagi pelajar semester 8, beliau juga tidak mengetahui adakah pelajar-pelajar semester 8 yang lepas menerima perkhidmatan ini atau pun tidak. Namun, beliau menekankan bahawa pelajar-pelajar yang berpraktikal masih terikat dengan insurans perlindungan di bawah pentadbiran UPSI.

“Saya tiada maklumat adakah pelajar semester 8 yang lepas terima atau tidak sticker klinik panel UPSI. Jika pelajar lepas tidak dapat, maka saya kira isu ini wajar dipandang berat oleh pihak yang bertanggungjawab. Namun, saya ingin ingatkan pelajar-pelajar yang berpraktikal, kita semua masih terikat dengan insurans perlindungan di bawah pentadbiran UPSI, jadi jika terjadi apa-apa yang tidak diingini, boleh laporkan pada unit kebajikan dan kewangan HEP (UKKP).

Semalam, pelajar-pelajar semester 8 sudah mula untuk melapor diri disekolah masing-masing. Mereka akan menjalani Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) selama 2 minggu sebelum berpraktikal selama 14 minggu bermula 1 Februari hingga 14 Mei tahun ini.

January 16, 2010

Pro Kebajikan cadang cetus gelombang kuning

Tanjong Malim, 16 Jan- Pro kebajikan hari ini menyatakan bahawa pihak mereka bercadang untuk mencetuskan gelombang kuning dalam menghadapi pilihan raya kampus (PRK) kali ini.

Menurut Ketua Penerangan Pro Kebajikan ketika ditemui berkata pihaknya bercadang untuk mencetuskan suasana PRK yang lebih hangat dengan melancarkan gelombang kuning yang akan bermula pada minggu hadapan.

“Kita akan memulakan kempen gelombang kuning ini bermula pada hari khamis depan. Kami mencadangkan untuk mewujudkan gelombang ini adalah untuk mencetuskan sensitiviti masyarakat kampus mengenai ke’gah’an suara mahasiswa.

“Dalam mencetuskan gelombang ini, kami bercadang untuk memakai pakaian berwarna kuning pada setiap minggu iaitu pada setiap hari khamis. Gelombang ini bukan hanya terhenti untuk PRK sahaja tapi akan berterusan sehingga hujung tahun ini,” katanya.

Ketika ditanya mengapa memilih warna kuning dalam mewujudkan gelombang ini, beliau berkata warna kuning ini adalah warna untuk semua serta ianya dapat mengembalikan semangat mahasiswa sebagai suara keramat.

“Warna kuning adalah warna di raja. Warna ini juga adalah lambang ketinggian dan kesucian perjuangan mahasiswa dalam menjadi jurubicara kepada masyarakat dan ini juga akan mengembalikan semangat ‘student power’ dalam diri mahasiswa.

“Jesteru, saya ingin mengajak semua mahasiswa untuk sama-sama kita memberikan sokongan kepada gelombang yang akan kita wujudkan. Kita mesti tunjukkan bahawa mahasiswa adalah golongan intelek dan akan menjadi golongan yang memimpin serta mencorak negara pada masa akan datang,” tambahnya.

January 15, 2010

Mahasiswa Pendidik kecewa dengan tindakan KPM

Tanjong Malim, 15 Jan- Mahasiswa bidang pendidikan terutama di Universiti Pendidikan Sultan Idris melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang menarik semula beberapa bantuan makanan kepada pelajar-pelajar sekolah.

Menurut Exco MPP dari wakil Pro Kebajikan, Norhisham bin Che Hamid, penarikan semula bantuan ini sesuatu yang mengecewakan dan melihatkan ketidaksungguhan kerajaan dalam membantu rakyat.

“Kami selaku bakal pendidik amat kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh pihak KPM dalam hal ini. Di mana kah kesungguhan pihak kerajaan dalam memberikan bantuan terutama dalam bidang pendidikan ini? Saya kira sewajarnya perkara ini diberikan perhatian yang serius terutama dalam mendahulukan rakyat.

“Paling mengecewakan kami adalah apabila Rancangan Makanan Tambahan (RMT) juga telah ditarik sementara waktu. Seperti mana yang kita tahu, RMT ini adalah bantuan untuk pelajar-pelajar miskin. JIka bantuan ini tiada, apakah mereka perlu berlapar sehingga habis sesi persekolahan,” katanya.

Menurut seorang lagi mahasiswa pendidik yang ditemui, Mohd Zahar bin Mohamad berkata KPM perlu menangani perkara ini dengan bijak dan mendesak agar bantuan-bantuan ini diberikan semula dalam kadar yang segera.

“Kita dapat maklumat ada pelajar-pelajar yang tinggal di asrama perlu pulang setiap minggu dan jika ingin tinggal di asrama, mereka perlu membayar RM 8 sehari. Saya kira perkara ini sangat tidak wajar dan membebankan. KPM perlu bijak dalam menangani perkara yang melibatkan rakyat. Kami selaku bakal pendidik Negara pada masa depan, ingin mendesak kerajaan supaya mengembalikan semula bantuan yang ditarik ini dengan kadar yang seberapa segera.

Mulai 2010, pihak KPM dikatakan telah menaikkan yuran makan asrama daripada RM 1 kepada RM 3 bagi ibu bapa yang berpendapatan RM 5000 dan ke atas. Lebih mengecewakan KPM dikhabarkan menarik semula Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bagi pelajar-pelajar miskin. Bagi yang tinggal di asrama, subsidi kerajaan telah dikurangkan dari 24 hari kepada 20 hari sebulan.